Jumaat, 13 Jun 2008

Sebahagian peristiwa yang berlaku pada tahun lepas(2007)
dalam menyembut hari guru peringkat sekolah.

Hari Guru 2007

TEMA
Guru Penjana Modal Insan Gemilang

Lagu: GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

Keunggulan, Kecemerlangan pendidikan telah dibuktikan
Guru sejati berilmu tinggi
Hidup berbudi seikhlas hati

Guru penjana modal insan gemilang
Masyarakat berilmu berbudaya cemerlang
Guru penjana modal insan gemilang
Pencapaian cemerlang gemilang dan terbilang

Keterampilan, Kecanggihan keilmuan direalisasikan
Guru sejati kasih insani
Gigih berusaha demi pertiwi

Guru penjana modal insan gemilang
Masyarakat berilmu berbudaya cemerlang
Guru penjana modal insan gemilang
Pencapaian cemerlang gemilang dan terbilang

Tak dihiraukan cabaran
Dengan jaya direntasi
Kejayaan kan dimiliki
Ikrar pasti dikota janjikan terlaksana
Demi Malaysia tercinta

Guru penjana modal insan gemilang
Masyarakat berilmu berbudaya cemerlang
Guru penjana modal insan gemilang
Pencapaian cemerlang gemilang dan terbilang



welcome....... to SK TANDEK, KOTA MARUDU.









Jasamu dikenang...

Ikrar yang diketuai oleh Guru Besar SK Tandek iaitu En. Ab Rahman B. Odis

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa


Lagu : Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



HARI GURU 2008


TEMA

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Lagu : GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran



Lagu & Lirik : Rosli Ahmad, BTP

"SELAMAT MENYEMBUT HARI GURU"

Tiada ulasan: